Friday, June 17, 2011

Kepada Allah kita Kembali.. Kematian itu Pasti

Bicara tentang kematian...

7th June 2011, adalah tarikh yang ditakdirkan untuk arwah abah untuk menemui penciptaNya. Kematian yang tidak diduga, meninggalkan kesan yang amat mendalam pada kami sekeluarga. Walau pada mulanya kami amat sedih dan terdetik rasa kesal kerana tidak berkesempatan untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang anak dengan lebih baik, tapi lama kelamaan kami mula menerima hakikat kematiannya.

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.

As for me, setiap hari aku sembahyang dan berdoa semoga roh abah berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman, dan memohon keampunan untuk arwah arwah. Insyaallah..

Abah telah banyak berubah di sisa sisa kehidupannya.. 360 degrees to be precise.. dia menjadi lebih dekat kepada Allah, alhamdullillah.. satu perkara yang buat aku bangga dan bersyukur.. semoga semua ibadah abah diterima olehNya.. sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Mulk: 1)

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembali. Kalau ingat fasal kematian, aku pasti rasa insaf...

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: 11)
 
Arwah abah tetap dalam kenangan. 
 
Sekarang, hanya tinggal ibuku yang tersayang. kesihatannya yang tidak menentu amat merisaukan kami semua, semoga Allah memberi kesejahteraan dan kesihatan kepada ibuku supaya dia dapat mengerjakan ibadah kepada Allah..
 
Ohh.. benarlah ibu bapa adalah satu anugerah yang sangat tidak ternilai.. sayangilah mereka sementara mereka masih ada.. dan sekiranya mereka telah meninggal dunia, berterusanlah memohon keampunan untuk mereka dan berdoa segala kebaikan untuk roh mereka.. Insyaallah..
 
Sekadar Nukilan,
Thalia Azura 

No comments:

Post a Comment